Para demonstran menentang kudeta berkumpul di hadapan Mahkamah Perlembagaan.
Demonstrasi besar-besaran menentang kudeta di Matrouh bermula.
Ratusan ribu dalam perarakan dari Masjid Rabiatul Adawiyah menuju ke Bangunan Pengawal Republik.
Perarakan menentang rampasan kuasa di Assiut.
Puluhan ribu manusia sedang bergerak dalam satu perarakan besar-besaran dari Medan Rabiatul Adawiyah menghala ke Masjid Mustafa untuk mengutuk rampasan kuasa dan menuntut semula legitimasi.
Berpuluh-puluh ribu orang sedang berarak dari Masjid Madinah di Ma'adi dalam perjalanan ke Mahkamah Perlembagaan Agung untuk menolak rampasan kuasa tentera.
Ikhwan Muslimin Mesir berkata bahawa Kesatuan Eropah tidak memberi apa-apa perubahan terhadap krisis yang melanda. Seorang tokoh kanan Ikhwan Muslimin bertemu ketua Hal Ehwal Luar Negeri Kesatuan Eropah di Kaherah pada hari Rabu dan berkata Brussels tidak menawarkan sebarang cadangan yang boleh menyelesaikan krisis politik Mesir.
Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton telah mengadakan pertemuan selama 45 minit dengan Amr Darrag(menteri dalam kabinet Presiden Mursi) dan pemimpin lain Ikhwan Muslimin serta Perdana Menteri Mursi, Hisyam Qandil. Apabila ditanya adakah beliau kecewa bahawa Kesatuan Eropah tidak menyokong Ikhwan?, Darrag berkata: "Kami tidak mengharapkan sokongan daripada sesiapa pun, Kami bergantung hanya pada diri kami sendiri."
Sumber : RNN, نبض رابعة, AlJazeera.Blog
Comments