TENTERA HALANG AZAN DI MASJID AL AZHAR


Pasukan keselamatan telah melarang laungan azan dilaungkan di Masjid Al Azhar dan menutup pintu masjid di hadapan para jemaah buat kali pertama di dalam sejarah untuk menghalang perarakan Ulama' dan para Imam Azhar yang dijadualkan bergerak dari Masjid Azhar selepas solat Zohor menuju ke Medan Rabiatul adawiyyah untuk menyokong legitimasi dan membantah rampasan kuasa tentera.

Para Ulama' dan Imam Azhar yang dikepung di dalam Masjid Azhar selepas pihak keselamatan mengunci pintu dan memutuskan aliran elekterik. Ketika ini mereka sedang menunaikan solat Zohor. 

Tindakan ini bertujuan untuk menghalang mereka dari keluar menyertai perarakan menyokong legitimasi dan membantah rampasan kuasa yang dijadualkan untuk berarak ke Medan Rabiatul Adawiyah.


Sumber : نبض رابعة

Comments