TAHUKAH ANDA MENGAPA BN TERLALU TAKUT DI KUALA BESUT


Walaupun BN sering mendabik dada mereka akan menang dengan majoriti lebih 4,000 undi pada PRK Kuala Besut, tetapi hakikat sebenarnya mereka cuak untuk menghadapi PAS pada 24 Julai ini.


Ada beberapa sebab mengapa mereka berasa cuak. Antaranya ialah kerana :

1) Faktor calon di mana calon PAS ialah calon yang dikenali oleh hampir semua pengundi di Kuala Besut kerana sikapnya pemurah, peramah, rendah diri dan mudah mesra.

2) Terlalu banyak pengabaian dilakukan oleh BN di Kuala Besut sehingga terpaksa BN tutup dengan projek mee segera berjumlah RM377 juta.

3) Calon mereka yang tidak popular kerana tidak tinggal di Kuala Besut dan sebahagian besar hidupnya tinggal di luar Besut.

4) Kejayaan jentera PAS membongkar segala penyelewengan, kelemahan dan kezaliman BN terhadap rakyat khususnya rampasan tanah, kegagalan pengarian, kemiskinan, kegiatan ekonomi yang terhad dan sebagainya.

5) Slogan 16:16 sebenarnya diterima oleh pengundi golongan pertengahan yang akses kepada maklumat, mereka menerima konsep 'check and balance' dalam kerajaan negeri jika PAS menang di Kuala Besut.

Faktor-faktor di atas di samping beberapa faktor lain yang tidak dinukilkan di sini menyebab BN terpaksa 'all out' berkempen dengan segala bajet, jentera kerajaan dan sebagainya.

Comments