SETIAUSAHA PERTAHANAN AS DAN AS SISI RANCANG RAMPAS KUASA - WALL STREET JOURNAL


Akhbar Wall Street Journal menyatakan bahawa rampasan kuasa tentera yang berlaku di Mesir telah pon dirancang secara rahsia di antara Menteri Pertahanan Mesir Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Pertahanan Amerika Chuck Hagel.


Akhbar tersebut menambah bahawa, mereka berdua bukan sahaja menyelaraskan rentetan peristiwa di Mesir, malah peristiwa di seluruh Timur Tengah secara umum. Menteri Pertahanan Amerika memainkan peranan untuk mendesak tentera Mesir untuk memulihkan sistem dan demokrasi dengan mengikut piawaian Washington -berdasarkan kata-kata beliau-

Menurut akhbar tersebut di laman webnya bahawa mesej khas dan panggilan telefon baru-baru ini antara Hagel dan Sisi telah menetapkan beberapa perkara yang juga melibatkan pembuat dasar dari seluruh pentadbiran, termasuk White House dan Kementerian Luar Negara Amerika Syarikat. Dan akhbar tersebut juga menyifatkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua pemimpin tersebut

Akhbar tersebut menjelaskan bahawa penggubal politik Amerika menganggap As-sisi sebagai "titik penting" di Mesir. Menjadikan saluran perhubungan di antara As Sisi dan Hagel sebagai yang terpenting.

Berdasarkan sumber ketenteraan Amerika, hubungan mereka telah terjalin selama lebih dari 30 tahun.

Menurut akhbar, hubungan As Sisi -Si Perisik- dengan Menteri Pertahanan Amerika menjadi bertambah rapat sejak 24 April yang lalu apabila mereka telah mengadakan makan tengah hari bersama-sama selama dua jam di Kaherah pada lawatan Hagel yang terakhir. Setelah itu Menteri Pertahanan Amerika tersebut beria-ria untuk memberi pertolongan dan berkerjasama dengan As-sisi dalam bentuk hubungan rapat.

Kerana bagi Amerika, mudah berurusan dengan As-sisi.

Sumber : بوابة الحرية والعدالة

Comments

Anonymous said…
itulah akibatnya apabila orang Islam tidak ada jati diri, memandang tinggi pd barat dan kuasa besar,tapi lupa Allah Maha Berkuasa, lupa bahawa Islam adalah yg terbaik. Akhirnya dia tunduk membontot pd barat tanpa harga diri dan memusnahkan negara. Pemimpin Malaysia camne? APCO adalah MALAPETAKA utk Malaysia!