9.30 pagi : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut bersama-sama dengan penyokong PAS di Pusat Penamaan calon. Beliau tiba sebentar tadi.
Turut berada di Pusat Penamaan calon ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob Naib Presiden PAS yang juga Pengarah PRK Kuala Besut Dato Husam Musa dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.
9.15 pagi : Hujan renyai-renyai sudah berhenti tetapi keadaan cuaca terus mendung.
Di pihak BN, mereka terus menyanyikan lagu-lagu semangat dan selawat.
8.50 pagi : Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Vincent Wu tiba di Pusat Penamaan calon di sambut oleh pimpinan dan penyokong PAS yang semakin ramai jumlahnya.

8.30 pagi : Perarakan calob PAS tiba dahulu di Kompleks Rakan Muda.
Jumlah penyokong BN hanya kira-kira 500 orang sahaja diketuai oleh Muhyiddin Yassin.
Hujan renyai-renyai terus turun. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas penyokong PAS yang semakin lama semakin ramai. Petugas-petugas PAS dari luar Terengganu mula membanjiri Pekan Kuala Besut sejak semalam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang Subuh tadi.

8.10 pagi : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan diiringi pimpinan lain antaranya Dato Mahfuz Omar, untuk pusat penamaan calon. Mereka berada di Persimpangan Jalan Raja - Tembila. Jumlah perarakan PAS semakin ramai.
8.00 Pagi : Perarakan calon PAS, Haji Azlan Yusof dimulakan dengan Solat hajat berjamaah di Masjid Kampung Raja sebelum penamaan calon. Ianya diimamkan oleh Presiden PAS, Dato Sero Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Seterusnya mereka berarak ke Kompleks Rakan Muda Besut yang jaraknya 1.6 kmdari masjid tersebut.
Comments