KUALA BESUT : CALON PAS ANTARA KONTRAKTOR TERBAIK


PETALING JAYA: Walaupun hanya berkelulusan SPM, calon PAS Kuala Besut  Endot@Azlan Yusof mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan.

“Saya berkelusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan.

“Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.

“Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika,” katanya.

Bendahari PAS Besut itu akan menentang calon BN Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman pada 24 Julai ini.

Dalam pada itu, Che Long menambah, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat jika menang pada 24 Julai ini.

“Saya berjanji kepada parti, jika dipilih, jika menang saya akan berkhidmat kepada rakyat.

“Che Long tidak mahu menjadi wakil rakyat yang berdosa,” katanya lagi.

~ FMT

Comments