KUALA BESUT : BERAT NANANG POLITIK PUNYA PASAL SOLAT PUN TAK BOLEH

Orang Islam dihalang bersolat di masjid. Memang suatu perkara yang mustahil boleh berlaku di negara Malaysia. Tetapi itulah yang terjadi apabila seorang yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tuan Guru Dato Bentara Setia) dihalang dari mendirikan solat di Masjid TUDM Gong Kedak. Apa puncanya, sudah tentu tidak lain dan tidak bukan sebab takutnya pihak tertentu kepada pengaruh Tuan Guru sehingga mereka berani menghalang orang untuk bersolat di Rumah Allah.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Hasrat Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian. Berat nanang puak ini.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh,  Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi. 

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.

Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM.

Comments