JANGAN JADI PENCACAI MUSUH ISLAM


Saya pohon kepada semua ahli dan pendokong jemaah supaya berhenti membicarakan hal-hal dalaman jemaah di dalam FB. Jangan kita menjadi mata rantai kepada media pencacai musuh yang setiap saat berusaha untuk memporak-perandakan jemaah supaya kita hancur.


Hentikan label melabel tuduh menuduh dan pra sangka buruk ini. Jangan jadikan isu-isu yang sebegini sebagai zikir harian tuan-tuan kerana ianya adalah strategi musuh untuk melemahkan kita. Malangnya tuan-puan menjadi tukang iklan dan menjadi pencacai kepada media tersebut. Hentikan isu anak menantu, label melabel seperti kumpulan ulama, anti-ulama, Erdogan, professional, UG
dan sebagainya.

Jika ada sebarang masalah kita serahkan kepada kebijaksanaan majlis syura dan pimpinan kita untuk selesaikan. Jangan kita yang menjadi pencacai media musuh ini menjadi tali barut dan musuh dalam selimut kepada perjuangan. 

AWAS .........JARUM MUSUH DAN STRATEGI MUSUH SETIAP SAAT MENCARI MANGSANYA. MUSUH INI BUKAN SAHAJA MUSUH DALAM NEGERI TETAPI MUSUH DARI YAHUDI DAN KUNCU-KUNCU YANG SENTIASA MENCARI PELUANG UNTUK MENGHANCURKAN GERAKAN ISLAM SELURUH DUNIA.

DI MESIR MEREKA MENGGUNAKAN KEKERASAN, DI MALAYSIA MEREKA MEROSAKKAN KITA DENGAN CARA STRATEGI SEBEGINI. 

ADAKAH ANDA 'MAKAN GAJI' DENGAN MUSUH ISLAM INI. 

SESIAPA YANG TERUS MENERUS MEMBANGKITKAN ISU-ISU YANG MEROSAKKAN JEMAAH INI AKAN SAYA NYAHKAN DARI WALL SAYA. ANDA TIDAK LAYAK MENJADI SAHABATKU.

Comments