Sebahagian bumbung Kuarters Kerajaan tingkat 15, di Presint 15, Putrajaya runtuh dalam kejadian itu jam 6.45 petang semalam.
Menurut saksi angin kuat menyebabkan bumbung itu runtuh secara tiba-tiba. Asyik runtuh sahaja. Kita mengharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
Menurut saksi angin kuat menyebabkan bumbung itu runtuh secara tiba-tiba. Asyik runtuh sahaja. Kita mengharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
Oleh itu pihak berwajib diharapkan dapat membuat pemeriksaan rapi di semua bangunan yang berisiko akibat dari beberapa kejadian buruk yang berlaku baru-baru ini.
Kejadian tower yang runtuh di Pulau Pinang, jambatan runtuh juga di Pulau Pinang dan kejadian yang sama yang berlaku kepada beberapa bangunan di Terengganu tidak lama dahulu menggambarkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan pembinaan dan pemeriksaan ke atas bangunan. Pihak berwajib mesti mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah ini.
Kita bimbang lebih banyak nyawa akan terkorban lantaran sikap sambil lewa dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam proses meluluskan bangunan-bangunan berkenaan.
Comments