GST : TANGGUH ATAU HAPUS TERUS?

Jawapan Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah bahawa GST akan dikaji semula menimbulkan keraguan di kalangan rakyat. Dalam jawapannya di Parlimen minggu lepas Husni berkata kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. 


"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubungan dengan itu, kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan." ujar beliau.



Masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.



Jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Oleh kerana itulah rakyat sedang menanti dengan penuh debar apa akan terjadi dengan GST ini. Hapus atau tangguh ...........

Mungkin kerajaan BN yang menang tipis pada PRU 13 lalu merasakan mereka tidak selamat jika meneruskan niat untuk melaksanakan GST atau mereka sedang menanti masa sesuai untuk memulakannya. Kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti rakyat majoritinya menolak pelaksanaan GST ini ...........

Comments

Anonymous said…
cukuplah dgn keperitan rakyat skg, jgn ditambah. rakyat pun dah menyampah dgn bn,jgn ditambah kebencian lagi. Husni ni ok orangnya, cuma tertekan dgn najib je, husni kena pakai akal lah camne mau tekan najib,utk kebaikan rakyat, najib bukannya pandaipun. cuba husni dptkan nasihat muhyidin