BERKILO-KILO UDARA 'BERACUN' DISEDUT BARU KERAJAAN SEDAR DARI MIMPI?

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu, akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan api”.
Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.
“Kami sudah bersiap sedia untuk membantu Indonesia dengan menyediakan tenaga kerja dan peralatan. Kita boleh bantu dalam memadam api dengan pembenihan awan untuk hujan,” katanya kepada pemberita di Wisma Sumber Asli di Putrajaya petang tadi.
Baru sekarang Palanivel sedar dari lamunan. Sudah berhari-hari rakyat Malaysia menghirup udara 'beracun'. Agaknya kalau tidak kerana desakan rakyat dan pemimpin politik Palanivel dan kerajaan Malaysia bermimpi. Malah dalam keadaan udara dikategorikan tidak sihat pun mereka tidak mahu menutup sekolah.
Agaknya apa sebab mereka begitu 'mandom' dan lembap. Mungkin takut pelancong tak datang ........
Apa punya kerajaan lah macam ini ............

Comments

Anonymous said…
Tulaa.dhlah memerintah tak dpt restu rakyat.Gila kuasa py psl, sanggup menipu nak terus memerintah.Buat keje pun asal boleh je.Tahun dpn ada 'acara tahunan jerebu' ni buatlah dek lagi.Jahanam!