PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR MESTI LETAK JAWATAN SEKARANG

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menggesa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mesti letak jawatan sekarang juga.

"SPR telah mengkhianati amanah rakyat, semua tuntuan Bersih tidak dilaksanakan, mereka mesti letak jawatan"

"Dakwat kekal tak kekal, Daftar Pemilih tidak bersih, media tidak bebas dan berat sebelah, semua itu antara tuntutan rakyat melalui Bersih, SPR gagal dan buat tak reti" ujar Mohammad.

Beliau berkata demikian pada ucapan ringkas sempena Jamuan Kesyukuran PRU 13 anjuran bersama PAS Melaka, PAS Kawasan Bukit Katil dan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru di Dataran Kebangkitan Rakyat, Bukit Katil petang semalam.

Jamuan itu mendapat sambutan yang hebat di mana semua juadah habis kerana jumlah kehadiran yang di luar jangkaan. Ini menandakan mood rakyat untu menolak BN semakin hebat lantaran penipuan yang dibuat oleh SPR pada PRU 13 lalu.

Comments