NURUL IZZAH SILAP PERCATURAN!!!!!!

Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki Sabah. Sesampainya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu beliau dihalang oleh Jabatan Imigresen Sabah. Biasalah bila tanya sudah tentu mereka akan jawab arahan ..............

Nurul Izzah sebenarnya tersilap langkah. Lain kali kalau hendak masuk Sabah atau Sarawak beliau kena naik Kapal Laut atau Bot atau mungkin juga Jet Ski. Ambil contoh orang Sulu mereka naik sampan, bot, perahu pancung dan sebagainya. Mereka langsung tidak dihalangkan......

Jadi kepada pemimpin PR kalau hendak ke Pulau Borneo sediakan bot baru boleh masuk Sabah atau Sarawak.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

Sumber : Mkini.

Comments

Anonymous said…
Org sulu takut kat nizzah sbb dia pm masa depan malaysia..lg pun dia telah d sahkan melayu..sekiranya nizzah berdarah sulu @ kroni org sulu baru boleh masuk sabah..mengong!!!
Anonymous said…
begitulah sabah dan musa amannya yg x pernah aman jiwanya. itupun mujur sabah masih dibwh malaysia, klu jadi keluar malaysia dulu camne pulak jadinya.
musa, ini malaysia lah, semua rakyat ada haq kemana mereka suka. Camne lak klu akan dtg rakyat semenanjung x iznkan musa masuk sini? kan x baik camtu? ke baik?