KDN MENGGANAS - HARAKAH DIRAMPAS; TAMRIN, TIAN CHUA DAN HARIS DITAHAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) 'mengganas' hari ini apabila  bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Sudah lama Harakah tidak dirampas. Nampaknya peristiwa hitam ini kembali berulang di saat Umno/BN gagal memenangi 2/3 kerusi pada PRU 13 baru-baru ini, malah prestasinya lebih teruk dari PRU 2008.

Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.

Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.

"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.

Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".

Sementara itu bekas Pengerusi MARA dan Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ditahan Polis sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya dipetik dari laporan Harakahdaily.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.

Sebelum ini  Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.

Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.

 Mungkin ini buah tangan kedua Menteri Dalam Negeri yang baru, Zahid Hamidi untuk dipersembahkan kepada rakyat. Sebelum ini beliau 'menghalau' sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara kita supaya mencari negara lain untuk menjadi tempat tinggal. Hebat beliau ini ..............

Comments

Anonymous said…
Zahid hamidi...moga Allah laknatkan kau. Jahat sangat.