Dengar cerita gaji salah seorang Ketua Menteri di Malaysia naik dengan banyak. Tak salah dari RM13,000 jadi RM39,000. Baguslah kan. Memang Ketua Menteri tu banyak kerja dan gaji sebelum itu tidak cukup. Sebab dia memang seorang Ketua Menteri yang zuhud, miskin dan tawadhuk.
Gaji rakyat tidak perlu dinaikkan dengan banyak sebab rakyat tidak tahu guna duit. Barang-barang keperluan pun semua murah-murah malah selalu harga barangan keperluan turun tak pernah naik-naik. Rakyat kalau diberi banyak duit pun tidak tahu guna dan boros, mereka tidak tahu menguruskan wang. Jadi tidak perlulah rakyat dinaikkan gaji mereka. Tidak ada pun naikkan gaji rakyat.
Rakyat juga memang faham dan suka gaji Ketua Menteri dinaikkan. Memang patut Ketua Menteri dapat gaji banyak sebab dia banyak kerja. Ke sana ke mari guna duit bantu rakyat. Mana ada lagi rakyat yang susah dan miskin di negeri tersebut. Semua berpendapatan puluhan ribu ke atas.
Ketua Menteri sudah lama ikat perut sebab gaji tidak cukup. Dia sudah lama naik motorsikal dan basikal ke pejabat. Hebat sungguh dia berjimat. Dia ramai anak untuk dihantar ke sekolah. Mujur juga pendidikan di Malaysia ini semua percuma dari tadika sampai ke Universiti.
Fikirkanlah ..........

Comments