SENARAI CALON PAS KELANTAN SELESAI !!!!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan Pas Kelantan sudah menyiapkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga semalam, tiada apa-apa masalah berlaku dalam proses penyenaraian calon di negeri ini sehingga Parlimen dibubarkan bila-bila masa.

“Kira selesai, tiada masalah. Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang ini, sebab itu dia (Umno) bagi duit kepada rakyat. Bagi duit kerana apa? Sama ada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram.

“Kalau bagi (duit) dalam bentuk upah supaya rakyat undi dia (BN), politik bukan kerja upah. Mengundi adalah hak masing-masing,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim (SUK), di sini, semalam ketika ditanya mengenai kesediaan Pas bagi menghadapi pilihan raya jika Parlimen dibubarkan.

Sambil mengandaikan Umno yang dilihat berada dalam situasi serba salah, beliau menyifatkan parti berkenaan seolah-olah ‘tercekik tulang’ untuk berhadapan dengan PRU13.


Sumber : FB Bus Man

Comments