PRU 13 : KHAIRY JANGAN MERAJUK

Lain macam je kata-kata Ketua Pemuda Umno dalam FBnya. Merajuk ke jangan merajuk....anda masih muda teruskan perjuangan. Kalau rasa Umno tidak lagi relevan keluar Umno sertai Pakatan Rakyat. Dalam FBnya Khairy menulis dipetik dari laman blog jalanpulang :


Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.
Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Comments