PAS UMUMKAN 3 CALON BERTANDING PADA PRU 13 SEBENTAR TADI.


Tuan Guru Presiden PAS sedang mengadakan Sidang Media secara langsung dari Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur sekarang. Sila layari http://www.harakahdaily.net


Tuan Guru umumkan sebentar tadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh, Brig. Jen (B) Mohd Najmi Ahmad bertanding di Parlimen Baling dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi tokoh pemuda bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Tuan Guru juga mengumumkan kemasukan bekas Duta, Dato; Adnan Othman dan Bekas Pengarah Kagat, Brig. Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad menyertai PAS pada Sidang Media tersebut.

Selain Presiden PAS juga sekali menegaskan bahawa PAS akan bertanding 76 kerusi pada kali ini lebih banyak dari PRU 12 dahulu di mana PAS hanya bertanding kurang dari 69 kerusi.

Comments