.

.

17 April 2013

PAS MELAKA LANCAR TAWARAN 'MELAKA MILIK RAKYAT'


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang malam tadi melancarkan tawaran PR Melaka bagi PRU 13 dengan tema Melaka Milik Rakyat.
Dalam ucapan Tuan Guru menyatakan bahawa kekayaan negara bukannya milik pemimpin tetapi ianya adalah milik semua rakyat.

"Rakyat berhak menikmati kekayaan negara dalam bentuk program-program yang meringankan beban rakyat seperti pendidikan percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak dan sebagainya".

"Rakyat mesti berfikir dan menilai tawaran dari Pakatan Rakyat samada pusat atau negeri" ujar Tuan Guru yang juga beka Ahli Parlimen Marang.

Tuan Guru Presiden berkata PAS komited untuk melahirkan Negara Berkebajikan kerana konsep tersebut bukan setakat kebajikan dalam bentuk kebendaan sahaja.

"Konsep Negara Berkebajikan PAS tidak sama dengan 'Welfare State' yang diamalkan di negara-negara barat, ianya bukan sekadar bantuan kebajikan untuk rakyat semata-mata tetapi ianya juga merangkumi pimpinan yang bersih, telus, bebas rasuah yang sudah pasti dapat menyelamatkan harta negara".

"Konsep ini diterima oleh semua rakyat dan PR sudah membuktikannya di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah. Kita menyeru seluruh rakyat memberikan mandat kepada PR  pada PRU 13 di Melaka dan pusat bagi merealisasikan konsep ini yang terbukti berjaya memakmurkan rakyat dan negara" ujar beliau.

Tawaran PR Melaka menggariskan 8 teras utama yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS.

Antara perkara menarik yang ditawarkan ialah  menurunkan kadar cukai tanah, cukai taksiran, lesen iklan perniagaan dan  kadar  parkir  kenderaan; menurunkan tarif air; insentif perkahwinan dan kursus perkahwinan percuma; cuti bersalin 90 hari untuk isteri dan 7 hari untuk suami; sumbangan sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan  RM600 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf; menyerap kakitangan kerajaan negeri dan agensinya yang berstatus kontrak kepada pekerja tetap dan sebagainya.

Kira-kira 40 tawaran telah digariskan sebagai suatu konsep bersepadu bagi melahirkan slogan Melaka Milik Rakyat.

Program pelancaran bersejarah ini telah disempurnakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah di Pekan Durian Tunggal. Selain Tuan Guru, ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR telah menyampai ucapan masing-masing.

Kira-kira 6,000 rakyat negeri Melaka pelbagai kaum hadir walaupun beberapa ceramah melibatkan PR diadakan tidak jauh dari lokasi tersebut. Kehadiran di semua program tersebut juga melibatkan ribuan rakyat.


No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter