ORANG MELAYU JANGAN JADI ROTI CANAI

Aktivis PAS, Mohd Hakim Lokman meminta orang Melayu supaya tidak menjadi roti canai yang pada peringkat awalnya dilayan dengan baik tetapi akhirnya dibakar tanpa belas kasihan.

"Orang Melayu jangan jadi seperti roti canai yang diuli, dibelai, diperam dan di selimut dengan tuala 'good morning' untuk di masak pada keesokan harinya".

"Bila sampai masa tepung yang dibelai itu dilempar dengan kasar, dilenyek-lenyek dan kemudian dibakar. Seterusnya sebelum dihidang ianya ditepuk-tepuk dengan rakus" ujar Mohd Hakim yang lebih mesra dengan panggilan Bob Lokman.

Bob berkata orang Melayu jangan jadi macam roti canai pada peringkat awal diberi bantuan BR1M dan sebagainya tetapi selepas pilihanraya mereka akan di'siksa' dengan kenaikan harga barang, GST, kenaikan harga minyak dan lain-lain.

"Selepas PRU 13 jika BN menang tunggulah rakyat akan di'bakar' macam roti canai dengan macam-macam kenaikan harga barang, cukai dan lain-lain" tambah Bob.

Beliau berkata demikian pada majlis ceramah PR anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam di Taman Indah, Padang Jambu, Melaka malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah bersama Bob pada majlis itu ialah Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Penyelia Dun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Comments