.

.

16 April 2013

MOHAMAD HASSAN BAKAL TERLEPAS JAWATAN MB NEGERI SEMBILAN


Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang kini disandangnya, dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Rantau adalah satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Rembau.

Manakala ketua bahagian Jempol Datuk Lilah Yassin pula, berpindah ke kerusi DUN Palong untuk memberi laluan kepada bekas menteri besar, Tan Sri Isa Samad untuk bertanding di parlimen itu.
Sebelum ini Lilah adalah ahli parlimen Jempol. DUN Palong adalah satu daripada empat kerusi dalam parlimen itu.

Pengumuman itu dibuat Mohamad Hassan selaku pengerusi BN Negeri Sembilan di kediaman rasminya di Seremban pagi tadi.

Beliau dilihat bakal kehilangan kerusi empuknya di Pejabat MB berikutan sokongan padu rakyat negerinya kepada PR sejak kebelakangan ini.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter