.

.

17 April 2013

MANIFESTO BN SELANGOR : AIR PERCUMA, CIPLAK LAGI


Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor - janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.

Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.

Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.

Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.
najib razak bn selangor manifesto 170413

Setelah menciplak sebahagian besar tawaran PR di peringkat pusat semalam BN meniru tawaran PR di peringkat negeri Selangor dengan menjanjikan air percuma 20 meter padu jika BN menang di Selangor. Ciplaaaaaaaaaaaaaaak je ..,....dah tak ada idea baru dah ............

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

Mat dekar said...

Tiada isu siapa ciplak siapa berkenaan air percuma ini. Pakej air percuma daripada BN lagi terbaik dan betul2 bersungguh nak bagi rakyat air percuma. Pengguna meter pukal pun akan dapat air percuma tanpa dikenakan caj pun apabila sudah bertukar kepada meter individu. Inilah baru janji ditepati tak macam PR janji dicapati!!

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

MUTALIGAT ...cetusan dan nukilanku Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha