DAP AKHIRNYA GUNA LAMBANG BULAN?

Hanya tinggal 10 minit lagi keputusan samada DAP akan menggunakan lambang bulan dan mata (PKR) pada PRU 13 ini. Semua ini gara-gara ROS (Pendaftar Pertubuhan) yang menggertak DAP dan menyatakan bahawa kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh ROS.

Semua rakyat khususnya penyokong DAP dan PR sedang menanti penuh debar samada satu lagi sejarah hitam politik negara tercatat. Iaitu sebuah parti yang berdaftar dan halal dihalang dari menggunakan lambang sendiri hanya 2 hari sebelum penamaan calon. Inilah demokrasi yang ada di Malaysia.

Pada masa yang sama dunia menjadi pelik dan hairan bagaimana sebuah parti politik 100 % tidak mempercayai SPR. Umpama pasukan bolasepak yang bertanding 100 % tidak percaya kepada Pengadil pertandingan. Sepatutnya SPR berasa malu kerana integriti mereka diragui oleh parti politik yang bertanding.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedang mengadakan perbincangan mengenai surat yang dihantarnya kepada DAP, memaklumkan bahawa ia tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif (CEC) parti tersebut, kata Ketua Pengarahnya Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang diperlukan kemudian.

Abdul Rahman menyatakan demikian dalam mesej SMS tanpa mengulas lanjut mengenai bentuk tindakan seterusnya.

Dilaporkan DAP telah meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April itu menjelang jam 3 petang hari ini.

Comments

Anonymous said…
Tak tahu lah..saya..Malaysia nih DEMOKERASI jenis BEROK agaknya...PEGAWAI AWAM boleh takut sangat...kat POLITIKUS yang ber POLI TAIK lagi BANGANG...wooi kenapalah AWAK lulusan UNIVERSITI...boleh diper BENGONG kan oleh POLITIKUS nih...?? Gaji dan elaun...awak...dibayar dengan DUIT cukai rakyat...bukan duit BN UMNO..???
XUMNO said…
Seorang lagi bakal hilang jawatan pada 6 Mei 2013!