CALON PRU 13 : BN HINA KEUPAYAAN WANITA

Ternyata tuduhan dan fitnah Umno/BN kepada PAS dan PR sebelum ini memakan diri mereka sendiri. Kalau sebelum ini Umno/BN sering menuduh PAS meminggirkan wanita kita tuduhan dan fitnah itu kembali kepada mereka.

Buktinya Umno jelas menghina wanita apabila tidak mencalonkan Ketua Wanita Shahrizat Jalil dan Timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim untuk bertanding pada PRU 13 ini. Bukan itu sahaja malah komponen BN, MCA juga mengenepikan keupayaan wanita apabila mencantas Naib Presiden mereka Dr Ng Yen Yen dari menjadi calon.

Berlainan sekali dengan PAS, PKR dan DAP apabila bilangan calon wanita semakin ramai. Terbukti PR mengangkat martabat wanita jauh lebih hebat dari BN. PAS sendiri membariskan ramai calon wanita malah pimpinan utama Dewan Muslimat semuanya bertanding. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah bertanding di Parlimen Rantau Panjang; Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja); Naibnya Mumtaz Md Nawi (Dun Demit), Ketua Penerangan, Aiman Athirah (Parlimen Jelebu) dan ramai lagi tidak dapat disenaraikan di sini kerana terlalu ramai.

Setiap PAS Negeri telah membariskan calon-calon wanita(muslimat) mereka. Berbanding dengan Umno yang gagal memberikan keadilan kepada kaum wanita. Begitu juga dengan PKR dan DAP yang mempunyai bilangan calon wanita yang sangat ramai.

Tindakan Umno/BN yang meminggirkan wanita ini benar-benar mengecewakan Wanita Umno seluruh negara. Timbalan Ketua Wanita Umno Malaysia, Kamilia Ibrahim berkata keputusan Umno tidak menyenaraikan beliau dan pimpinan wanira lain menunjukkan BN tidak memberi pengiktaran sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanira untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU 13.

Comments