Melaka : Umno Bahagian Bukit Katil sekali lagi menceroboh tanah persendirian milik seorang penduduk Kampung Bukit Katil iaitu Md Yassin Abdul Ghani. Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam tinjauan ke tapak lokasi ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapati Umno sudah pun mendirikan beberapa buah khemah di tanah lapang yang bersebelahan dengan Dewan Tun Ali.
"Umno telah memasang beberapa khemah di atas tanah Haji Md Yassin bagi mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar malam ini. Mereka pasang khemah di tempat yang sama seperti dua hari lepas".
"Mereka memang tak ada maruah dua hari lepas tuan tanah dah halau mereka, hari ini mereka pasang lagi, memang tak tahu malu"
"Lebih malang lagi Umno menyalahgunakan lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memasang khemah-khemah tersebut." ujar Yusof.
"Lebih malang lagi Umno menyalahgunakan lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memasang khemah-khemah tersebut." ujar Yusof.
Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Md Yassin tentang perkara ini dan terpulanglah kepada tuan tanah untuk mengambil tindakan.
Menurutnya Umno memang merancang untuk mengganggu ceramah ini di mana mereka telah menaikkan kain pemidang memberitahu bahawa Umi Hafilda akan berceramah malam ini.
Yusof melahirkan kekesalan di atas sikap kebudak-budakan Umno yang langsung tidak menunjukkan kematangan berpolitik walaupun dunia sudah melangkaui era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
"Kita berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan kepada pihak Umno agar mereka mengalihkan lokasi ceramah Umno ke tempat lain yang lebih jauh bagi menjaga ketenteraman awam dan tidak mengganggu rakyat yang dahagakan maklumat. Kalau mereka degil Polis mesti hentikan sahaja ceramah mereka".
"Jangan biarkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana dua hari lepas di mana berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua penyokong Umno dan PR" tambah Yusof.
Dalam kejadian dua hari lepas petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.
Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.
Pada sebelah malam pula ketika program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di lokasi yang sama, keadaan menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.
Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya.
Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.
Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.
Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.
Selain Dato Seri Anwar beberapa pimpinan PR Pusat dan negeri akan berceramah pada program malam ini. Dato Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ceramah di 3 lokasi iaitu Machap, Sg Udang dan Bukit Katil.
Comments