.

.

01 April 2013

TOK SIDANG PUN MASUK PAS, ANDA BILA LAGI?


Seorang Tok Sidang (Ketua Kampung), Jamaluddin Rashid dari Kg Ayer Hitam, Jempol menyerahkan borang permohonan keahlian PAS malam tadi. Majlis tersebut diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Beliau yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.

Kalau Tok Sidang sanggup menyertai PAS dan dengan rela hati meninggalkan Umno takkanlah anda ahli biasa Umno masih mahu duduk dalam Umno lagi. Berduyun-duyun orang meninggalkan Umno/BN menyertai dan menyokong PAS dan PR.

"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung.

"Padahal ceramah itu merupakan ceramah agama kita sendiri tapi tiba-tiba Umno turut membuat program karaoke dalam jarak 50 meter, jadi berlakulah satu kejadian yang tidak saya ingini.

"Selepas kejadian tersebut saya bertemu dengan pemuda-pemuda dan mereka bersetuju dengan saya untuk berubah dan mengikut apa yang dikehendaki Islam.

"Hati saya terluka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab, saya memang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan Umno bahagian yang membuat perkara-perkara tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang berumur 64 tahun telah melepaskan jawatan sebagai ketua kampung yang telah dipegang selama 14 tahun atas kesedarannya.

Ini, katanya kerana sepanjang beliau memegang jawatan tersebut tidak pernah berlaku perkara sedemikian dan itu merupakan kali pertama berlaku.

"Tidak ada pemimpin Umno yang marahkan saya cuma mereka menyoal kenapa saya menyertai PAS.

"Saya tahu PAS ini membawa ke arah yang elok dan tidak perlu dipertikaikan lagi, saya sedar semua itu. Saya secara jelas tidak bersetuju langsung dengan budaya samseng yang digunakan Umno pada masa ini," tambah beliau yang pernah menerima Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC).

Jamaluddin yang berjanji akan terus berusaha untuk mengajak lebih ramai penyokong Umno di kampungnya untuk menyertai PAS.
Beliau memberitahu, seramai 20 orang wanita Umno akan menyerahkan borang menyertai PAS minggu hadapan.

Laporan : Hdaily.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter