TAK SOKONG PAS SEBAB BERKAWAN DENGAN DAP

"Saya bukan tak sokong PAS, tapi PAS berkawan dengan DAP, jadi susah sikitlah saya nak sokong PAS" itu antara jawapan yang menjadi alasan sesetengah orang bila dirayu supaya menyokong PAS.

Ternyata itulah antara doktrin dan hasutan Umno yang meracuni pemikiran rakyat. Sedangkan mereka tidak sedar DAP bukanlah parti perkauman sempit, bukannya parti komunis, bukannya pengkhianat Melayu dan sebagainya.

DAP tidak pernah dibuktikan menggadaikan tanah rezab Melayu sedangkan Umnolah yang bertanggungjawab menggadaikan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu sejak merdeka. Sekarang hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja berbanding ketika mula-mula merdeka dahulu keluasannya tanah rezab Melayu ialah 3juta hektar.

DAP tidak pernah menghalang pelaksanaan syariat Islam khususnya hudud, sedangkan Umnolah yang mengugut kerajaan Kelantan dengan surat Perdana Menteri yang memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan.

DAP tidak pernah meminggirkan tulisan jawi dan Bahasa Malaysia. Siapa pula yang memperlekehkan penggunaan Bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI beberapa tahun lepas.

DAP tidak pernah mengurangkan kuasa Raja-Raja tetapi Umno/BN menggunakan parlimen  menggubal undang-undang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an.

Sebab apa PAS berkawan dengan DAP dan tidak mahu berkawan dengan Umno? Ini satu lagi soalan yang sering dilemparkan kepada PAS.

PAS berkawan dengan tidak boleh? Tetapi Umno berkawan dengan MCA boleh pula? PAS tidak mahu berkawan dengan Umno kerana Umno membenarkan rasuah, pemimpin Umno ramai yang rasuah, pemimpin Umno kaya-raya kerana rasuah dan penyelewengan kuasa. DAP tidak bersetuju tentang hudud PAS tidak hairan sebab pemimpin utama DAP bukan beragama Islam tetapi PAS hairan mengapa Umno tolak hudud sedangkan mereka Islam. Jadi Umno tolak Islam , PAS tak mahu kawan lah.

PAS pernah berkawan dengan Umno, tetapi Umno bersikap kawan makan kawan .....tidak setia. PAS ditendang dari BN pada tahun 1974 pada ketika Umno kuat. Masa Umno lemah macam sekarang mereka hulur tangan pada PAS.

Umno tidak jujur konon hendak berkawan dengan PAS tetapi pada masa yang sama PAS difitnah, dituduh dan dicaci maki sebagai Parti Ajaran Sesat dan sebagainya.

Comments

Anonymous said…
SATU PENULISAN YANG BETUL-BETUL UNTUK MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU YANG MAHU BERFIKIR.....