SIKIT-SIKIT TANGKAP, ITU SAHAJA CARA LAYAN RAKYAT

NONETiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Inilah cara kerajaan Umno/BN melayan rakyat. Mereka selalu berkasar dengan rakyat dan bermanis muka dengan kroni dan pembodek mereka. Sampai bila mereka mahu berperangai macam samseng dan pengganas begini.

Hukumlah sekuasa kamu dapat menghukum, kamu hanya dapat menghukum di atas dunia. Suatu hari kita semua akan mengadap Allah dan semua anggota akan menjawab dan berkata-kata untuk menjadi saksi atas apa yang kita lakukan di dunia ...............

Sumber : Mkini.

Comments

Anonymous said…
Ini keje giler. Mahasiswa ker orang biasa ker orang politik ker, kalau nak jumpa dengan Pengarah RTM pun tidak boleh,jelas lah UMNUBN tidak berhak berkuasa lagi. Kalau nak jumpa seorang pegawai kerajaan pun tidak boleh, ini keje giler polis ini pergi tangkap. Apa salah mereka? Kalau sekadar nak jumpa pengarah tidak boleh dan nak sampai tahan atau tangkap, itu dah luar bidang kuasa. Sampai masa lah untuk rakyat fiukir 2 kali dan ubah dalam PRU 13. Kalau kerajaan itu tidak mesra rakyat humbankan saja.