Puak-puak Parti Tidak Bertamadun (PTB) yang bernamakan Bahasa Inggeris, United Malay National Organization (Umno) atau Pekemba (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) sudah pasti akan mengganggu ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim malam ini. Banner sudah digantung oleh PTB memberitahu orang ramai bahawa Pekemba akan mengadakan ceramah di depan Dewan Tun Ali.
Mereka boleh mengadakan ceramah di dalam Dewan Tun Ali tetapi sengaja mengadakannya di luar iaitu di hadapan pintu masuk dewan untuk mengganggu ceramah PR. Jarak tempat ceramah mereka dengan ceramah PR hanya kira-kira 100 meter sahaja. Sudah tentu suara kedua-dua penceramah akan menenggelamkan suara antara satu sama lain. Itulah tujuan mereka sebenarnya iaitu mengacau supaya rakyat tidak dapat mendengar ceramah PR.
Kita mengharapkan pihak berkuasa supaya menasihatkan PTB agar tidak mengadakan ceramah yang bertujuan untuk mengacau ceramah PR itu. Perangai tidak bertamadun ini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Terbaru 2 hari lepas mereka mengganggu ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di atas Treler PAS di lokasi yang sama. Malah pada insiden itu berlaku kejadian tolak menolak antara kedua-dua penyokong.
PTB sudah jelas tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka terhadap kesedaran rakyat yang kian hari kian ramai menyokong PR. Akhirnya mereka menggunakan cara rimba dan tidak bertamadun bagi mengekang kemaraan PR. Rakyat sudah muak dan pasti akan menolak PTB jika mereka terus dengan perangai kolot dan barbarian ini.

Comments