Umno terus menerus membuat fitnah dan pembohongan dengan mengandaikan bahawa DAP akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP. Suatu risalah yang dicetak menggunakan nama Wanita Umno Bahagian Bukit Katil diedarkan di sekitar Parlimen Bukit Katil dengan rancak sekarang.
Di dalam risalah itu dinyatakan bahawa jika DAP menguasai Malaysia mana :-
1) Agama Islam sebagai agama rasmi akan diubah kepada agama Kristian
2) Malaysia sebagai Negara Republik sama rata, sama rasa semua bangsa.
3) Yang Dipertua akan kepada Bukan Melayu.
4) Sistem Raja Berperlembagaan akan dihapuskan.
5) Azan tidak akan dibenarkan berkumandang sama seperti di Singapura, Pulau Pinang dan Selangor.
6) Tilawah dan pertandingan Al-Quran dihapuskan.
7) NGO berteraskan Islam seperti Perkida akan dihapuskan
8) Perkahwinan campur akan digalakkan.
9) Status Agama tidak dinyatakan dalam Kad Pengenalan anak baru lahir sehingga berusia 18 tahun
10) Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Rasmi dan Bahasa Mandarin menjadi Bahasa Kedua
11) Mata Pelajaran Agama Islam akan dihapuskan di sekolah-sekolah
12) Tan Chin Peng akan dibawa balik ke Malaysia dan diberi gelaran 'Tun'.
13) MARA akan dibubarkan
14) Syarikat GLC akan diterajui oleh orang-orang Bukan Melayu
15) Lagu Negaraku Baru telah digubah dan sedang menunggu masa untuk dikumandangkan.
16) Ketua Panglima Tentera dan Ketua Polis Negara akan terdiri dari kalangan orang Cina.
17) Regimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan
18) Mengurangkan Kakitangan kerajaan berbangsa Mealayu sebanyak 40%
19) KEMAS, BIRO TATANEGARA dan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA akan dimansuhkan.
20) Persempadanan kawasan Pilihanraya untuk menambahkan kerusi Cina
21) Cuti hari Jumaat (good Friday) mengikut agama Kristian.
22) Kedutaan Israel akan diujudkan di Malaysia
23) Pengkalan Tentera Israel akan diwujudkan (Perjanjian menyerahkan Port Dickson sebagai Pelabuhan baru Israel telah dibuat).
24) Majlis Agama Islam akan dibubarkan. Diganti dengan Majlis Semua Agama
25) Wang Zakat akan digunakan sama dengan orang bukan Islam
26) Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dihapuskan
27) Dua orang Paderi Kristian akan dilantik menjadi Menteri Penuh
28) Menteri di Kementerian penting seperti Kewangan, Pendidikan, KDN, Pertahanan akan terdiri daripada orang Bukan Melayu
Sumber : Bekas Ahli DAP http://www.ustazamin.com
Itulah fitnah dan pemhohongan dahsyat yang dilakukan oleh Umno/BN yang sangat jahat dan tidak beretika.
HAKIKATNYA DAP TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA KERANA DAP HANYA BERTANDING TIDAK LEBIH DARI 49 KERUSI.
JIKA DAP MENANG SEMUA PUN MEREKA TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI ATAU KETUA MENTERI KERANA KERUSI SEMUANYA 222. MEREKA TIDAK AKAN MENJADI PARTI YANG MEMPUNYAI MAJORITI KERUSI DALAM PARLIMEN
DAP TELAH MEMBUKTIKAN MEREKA MEMINGGIRKAN ISLAM DI PULAU PINANG, MALAH PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL ISLAM DINAIKKAN SEHINGGA RM64JUTA SETAHUN BERBANDING RM12 JUTA SEMASA BN MEMERINTAH, ELAUN PARA HAFIZ DAN HAFIZAH DIBERI, ELAUN GURU AGAMA KAFA DINAIKKAN ......
Comments