UST NASHARUDDIN : MANA ARAH TUJUAN MU

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Ke mana arah  tujuan beliau.?

Beliau kelihatan begitu mesra dengan Umno dan Najib sekarang. Kalau dahulu beliau berdegar-degar mentarbiah ahli PAS kini diharapkan beliau dapat menggunakan ilmu dan kepakaran beliau untuk mentarbiah pemimpin dan ahli Umno.

Kita harap beliau berjaya dan dapat membuat tajdid dalam Umno. Syabas dan selamat berjuang.

Umno sudah tentu memerlukan seorang yang banyak ilmu, berani dan berpengalaman dalam kerja-kerja dakwah. Sudah pasti Umno memerlukan seorang murabbi sepertinya. Kalaupun Nasa tidak masuk Umno sekurang-kurangnya beliau bertindak membuat perubahan dalam Umno. Tarbiahkan pemimpin utama, Isteri-isteri pemimpin, anak-anak mereka, wanita Umno dan Puteri Umno tidak lupa kepada pemuda Umno ......biar selepas mereka jadi lebih sesuai untuk mendakwa sebagai Parti Islam terbesar ......bercakap Islam dengan gaya dan personaliti seorang Islam dari segi aurat dan tingkah laku ......

Comments

Anonymous said…
Jangan haraplah UMNO nak bagi dia ni jadi calon PRU 13 nanti
Anonymous said…
Tengoklah nanti. Sudah menjadi resam dlm UMNO masa belum masuk UMNO digunakan dan diusung kesana kemari. Bila dah rasmi masuk UMNO dibiarkan hidup segan mati tak mau.Banyak contoh2 berlaku pada tokoh2 PAS dan PKR yang masuk UMNO. Bagaimana kedudukan mereka sekarang?
Anonymous said…
tubuh parti baru.Parti ahli neraka kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa