TURUN RAMAI-RAMAI 12 JAN : AMARAN AGAR TIADA PENIPUAN PADA PRU 13

Aktivis Bersih Hishamuddin Rais menyeru seluruh rakyat Melaka agar turun ramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Jan nanti sebagai amaran awal kepada Umno dan SPR supaya menjalankan pilihanraya dengan adil dan telus.

"Kita mahu sejuta rakyat berkumpul dan berarak ke Stadium Merdeka bagi memberi amaran kepada United Malaysia National Organization dan SPR supaya memastikan Pilihanraya dijalankan dengan adil dan telus, jangan menipu rakyat".

"Jika BN dan PR menang dengan cara betul kita tiada masalah, tetapi kemenangan itu dengan cara menipu rakyat sudah pasti menolaknya" tegas Hishamuddin penuh semangat.

Beliau berkata jangan ada yang berkecuali, semua rakyat Malaysia mesti bergerak ke Kuala Lumpur pada12 Januari nanti.

"Atur dan rancang dari sekarang, supaya semua kita pergi ke Kuala Lumpur, ambil cuti, kumpul duit, ajak anak bini, saudara dan jiran-jiran".

"Ini agenda penting untuk masa depan negara dari hancur dan musnah" tambah beliau.

Menurutnya juga, rakyat tidak marah jika pendatang Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar dan lain-lain bekerja dan mencari rezeki di tanahair kita. Tetapi jika mereka mencampuri urusan politik negara kita, rakyat akan bangkit menghalang mereka.

"Jangan cuba campuri urusan politik negara kami, kamu boleh bekerja mencari rezeki tetapi jangan datang mengundi, jangan kotorkan politik kami, rakyat akan marah" tegas Hishamuddin.

Turut berceramah pada program himpunan Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Jan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Pengerusi SAMM, Cikgu Bard dan beberapa wakil NGO lain. Program tersebut mendapat sambutan luar biasa walaupun diadakan di kawasan agak jauh ke dalam iaitu di Bukit Pulau, Bukit Baru.

Comments

Anonymous said…
jgn jadi useful idiots sbb pkr needs to muster support to show that Anwar is the only eligible candidate...ini taktik politik kotor org putih byk digunakan sewaktu arab springs dan color revolution dgn tujuan nak menggantikan pemimpin puppet diktator dgn another puppet mereka...trust me...last minute dsai akan muncul to take the credit and shine in the glory..u think umno is busuk to do business with israhell...dun b surprise klu dsai justify to start diplomatic relationship with israhell...baca...baca...and baca and u will find sape ejen sape!