.

.

INTERNET BUSINESS

03 January 2013

TAK JADI BERI HJ HADI JAWAB DI TV : DAH AGAK DAH!!!


Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung satu ucapan kontroversi presiden PAS itu yang dibuat pada 1981.

Menurut laporan Utusan Malaysia, menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Rais berkata, amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Perkara ini memang sudah dijangkakan dari awal. Mana mungkin Umno/BN berani bersemuka dan memberi peluang kepada Tuan Guru untuk bercakap dan menjawab segala fitnah dan tuduhan berkaitan ucapannya itu. Kita semua kenal dan sedar siapa pemimpin Umno sebenarnya. Mereka bukannya mahu mencari kebenanran tetapi sengaja menimbulkan isu untuk kepentingan politik mereka.

Macam-macam alasan yang diberi oleh Rais sedangkan sebelum ini beliau kelihatan bagaikan anak jantan dan panglima perang bercakap dengan tegas bahawa Presiden PAS ini akan diberikan hak sewajarnya bercakap di dalam media khususnya TV.

Tiba-tiba hari ini Rais melakukan u-turn. Mungkin beliau telah tersilap dan ditegur oleh 'boss' dan rakan-rakannya yang sedar betapa 'bahaya'nya Tuan Guru diberi peluang menjelaskan perkara sebenar tentang sebahagian dari ucapan beliau di Banggol Peradong yang dibuat pada 1981. Mereka sedar bahawa rakyat yang sekarang ini cerdik, matang dan dahagakan kebenaran sudah tentu akan berfikir dan membuat penilaian kepada penjelasan Tuan Guru.

Sudah tentu mereka akan menerima penjelasan Tuan Guru kerana sememangnya ucapan itu tidak langsung mengkafirkan sesiapa. Cuma tuan-puan teliti ucapan tersebut yang dikatakan sebagai amanat.

Semua ahli PAS pun tahu bahawa mereka tidak pernah pun diminta merujuk kepada ucapan itu ketika dalam apa juga program dalaman samada usrah, tamrin dan sebagainya. Malah kitab-kitab ulama muktabar yang lain dengan lebih jelas memperincikan tentang batas-batas iman dan kufur.


Gambar : Tuan Guru semasa muda.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 comments:

Anonymous said...

klu tak silapmfatwa kebangsaan takde lg, yg ada fatwa melaka tahun 2002. sila rujuk portal fatwa.

Nam Ron said...

Berita tentang pembatalan program penjelasan amanat hj. Hadi di kaca TV oleh kerajaan dilihat sebagai satu kemenangan dari segi moral kepada PAS khususnya hj. Hadi dalam menyatakan kebenarannya. Dengan alasan bodoh dan dangkal yang diberikan oleh Menteri Penerangan membatalkan program tersebut memperlihatkan intigriti kerajaan berada dalam kedudukan yang amat rendah. Kerajaan pada awalnya bersedia memberi peluang kepada Hj. Hadi menjelaskan amanatnya di saluran TV kemudian menetapkan berbagai syarat termasuk memanggil mufti negeri2 bersama Hj. Hadi dalam program tersebut. Dengan berbagai helah dan putar belit yang diberikan oleh kerajaan akhirnya program tersebut dibatalkan serupa dengan isu yang sama beberapa tahun lalu dimana debat yang dirancangkan telah dibatalkan pada saat akhir. Kerajaan buat masa ini belum bersedia dan sedang membuat kajian mendalam menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk yang diimport dari negeri arab) untuk berhadapan dengan-Hj. Hadi. Mufti negeri2 juga tidak cukup hujah atau belum khatam ilmu untuk menyanggah apa yang disifatkan amanat Hj. Hadi itu.Begitulah rendahnya martabat para mufti jika dibandingkan dengan seorang Hj. Hadi…

Anonymous said...

Puak2 Syaitan yang mulakan POLIMIK, mendedahkan secara terbuka sehingga masyarakat resah, kini, mereka pula yang rasa takut apabila rakyat mahu supaya penerangan dpd TGHA dibuat/siar kpd umum di dalam tv.

Kenapa mesti resah dan takut?
Kamu yang menimbulkan masalah, kamu pula yang rasa takut?

Anonymous said...

bro....hari ni ke semlm...balachi pkr pun nak mintak tv bagi dsai masuk tv gak...mana aci TGHH jer dpt peluang...aib la dsai

satu lagi...klu u ni betul telus dan tepat...cuba kaji mana pkr dpt sumber dana utk run the party...bkn sikit2 duit nak run the show bro...pls bro...sincere to urself

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

MUTALIGAT ...cetusan dan nukilanku Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha