INTERNET BUSINESS

POWER EXTRA - BIO ASLI

POWER EXTRA - BIO ASLI
KLIK ATAS IMEJ Hubungi tel : 016-2367060

04 January 2013

PENGETUA SEKOLAH AGAMA KHALWAT?. KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL


Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. 

Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. 

Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. 

Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. 

Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber".  Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. 

Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. 

Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat

Kenapa pegawai berkenaan dilindungi?. Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Memang sudah lumrah di negara kita. Bilis biasanya akan dikenakan hukuman, manakala jerung dibiarkan lepas bebas untuk membaham dan memuaskan nafsu sesuka hati. Kalau inilah budaya dan resam yang diwarisi dari dahulu, kini dan selamanya selagi Umno/BN memerintah selagi itulah negara akan terus mundur dari segi ketamadunan dan kesejahteraan.

Sumber : Pahangdaily

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Tokwan Pencen said...

Kenapa sembunyi dari pengetahuan "Ketua Agama Negeri"?.
Tak rasa malu ka Ketua Agama selepas berita ini keluar?
Datuk Mufti juga jangan .....
Siapa nak tanggung dosa tuuu kalau tidak dihukum ?

Anonymous said...

initak adil,dulu Datuk Hasan KKM,diambil tindakan,apa bezanya,meluat betoi MB putus telingga..

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

MUTALIGAT ...cetusan dan nukilanku Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha