UMNO MUNGKAR BENAR ATAU TIDAK?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar. 
    
Muhyiddin berkata kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.
    
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
    
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
    
Cuba tuan-puan fikir, apabila sesebuah parti yang memerintah selepas itu kerajaan yang dipimpinnya meluluskan lesen judi dan arak, tidak menghukum dengan hukum Islam, menzalimi rakyat, menggalakkan riba, menghalalkan pergaulan bebas, menzalimi rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka, menahan rakyat tanpa bicara, menafikan hak asasi rakyat, menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan sebagainya, apakah ianya TIDAK MUNGKAR.

Apa pandangan ANDA?

Gambar di atas sekadar hiasan

Comments