UCAPAN TAHUN BARU : KASIHAN NAJIB MERAYU-RAYU LAGI


Perdana Menteri Najib Tun Razak malam tadi mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata, jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.



Presiden Umno itu menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.



Apakah benar Najib mempunyai matlamat mengukuhkan perpaduan sedangkan setiap hari media pencacai partinya, pimpinan Umno dan pencacai-pencacai lain membuat fitnah terhadap parti-parti lawan, menggunakan semangat perkauman sempit mengapi-apikan semangat perkauman untuk memancing undi, menggunakan agama untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Najib harus ingat bahawa hampir separuh rakyat menyokong PR, tindakan mereka memfitnah, berbohong dan memburuk-burukkan PR bermakna merenggangkan lagi hubungan antara rakyat. Pada masa yang sama MCA mengapi-apikan semangat perkauman Cina, Umno menghasut Melayu dan India mengapi-apikan semangat KeIndiaan sempit.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.


"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.


Bantuan kebajikan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan BN berupa one off seperti BR1M, baucar itu dan ini. Subsidi pula semakin ditarik khususnya subsisi minyak, gula dan lain-lain. Harga barangan semakin meningkat. Apakah dengan BR1M RM500 itu akan kekal dan cukup untuk selamanya. 



Sedangkan PR menawarkan pendidikan percuma, harga minyak diturunkan, tol dihapuskan, air percuma dan lain-lain yang semuanya bersifat kekal dan berpanjangan. Ini sudah tentu akan meringankan beban rakyat secara terus menerus.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.


Ekonomi tidaklah sebaik yang disangka. Semenjak Anwar melepaskan jawatan Menteri Kewangan tidak pernah negara mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi 9 %. Malah hutang negara meningkat menjadi RM502bilion. Bermakna seorang rakyat menanggung hutang kira-kira RM17,000. Jika BN terus dikekalkan tidak mustahil negara akan bangkrap. Malah Idris Jala meramalkan negara akan bangkrap dalam masa terdekat jika pengurusan kewangan negara terus ditadbir seperti sekarang. Bajet tahunan negara terus defisit yakni pendapatan kurang dari perbelanjaan. 

Wang negara tiris entah ke mana saban tahun kira-kira RM28 bilion, puluhan bilion lagi sering digunakan untuk membantu kroni seperti IPP, bail out hutang kroni dan sebagainya. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa menambahkan lagi kesengsaraan kedudukan kewangan negara sebagai contoh RM250juta di'sedekah'kan kepada keluarga 'Tuan Lembu' NFC.

Rasuah terus bermaharajalela, kronisme mengkayakan suku sakat Umno/BN. Sebagai contoh betapa kayanya Taib Mahmud dan anak-anaknya. Yang kaya terus kaya, yang miskin hanya diumpan dengan BR1M. Jumlah penerima bantuan ini yang seramai jutaan orang membuktikan kerajaan BN gagal mengurangkan kemiskinan jauh sekali membasminya.


Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya


Apakah rakyat selamat, aman dan makmur sekarang? Saban hari akhbar melaporkan kejadian bunuh, rogol, rompak, samun, tipu, culik, kemalangan jalanraya dan sebagainya.


Saban hari rakyat mengeluh kemudahan hospital tidak cukup, bayaran mahal dan sebagainya. Puluhan ribu siswazah mengganggur. Lebih parah ramai yang diblacklistkan kerana gagal membayar hutang.

Pelajar terpaksa membuat pinjaman untuk belajar. Selamat tamat pengajian puluhan ribu hutang dengan interest sekali.

Sudahlah Najib rakyat sudah muak dan bosan dengan janji retorik kamu .....2013 selamat belayarlah BN ......

Comments