TAJOL ROSLI UMUM TAK BERTANDING LAGI - SUDAH TAHU AKAN DIGUGURKAN

Bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding lagi pada PRU 13 nanti. Mungkin beliau tahu namanya tidak akan disenaraikan lagi oleh Umno Perak untuk bertanding pada PRU 13 nanti. Jadi lebih baik awal-awal lagi tarik diri sebelum dirinya dimalukan.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini ketika membahaskan belanjawan negeri Perak 2013.

Dalam ucapannya Tajol Rosli menghentam PR Perak yang dikatakan ingkar dan derhaka terhadap Sultan Perak. Tuduhan Tajol ini amat serius dan tidak sepatutnya dilemparkan oleh Tajol Rosli kerana tidak seorang pun Adun Perak yang derhaka kepada Sultan.

Comments