SIASAT TOK GURU KALAU BENAR DIA RASUAH

Tak henti-henti Umno/BN memfitnah Tuan Guru kononnya mengamalkan rasuah dan menyeleweng. Terbaru Tuan Guru dituduh menjual tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang kepada syarkat yang pemegang sahamnya kepada pimpinan DAP Perak. Tuduhan itu dibuat pada Persidangan Dun Perak oleh salah seorang Adun BN.

Bagi ahli PAS kita memang yakin dan percaya pimpinan PAS bila-bila masa sahaja bersedia untuk disiasat. Seperti kata Tuan Guru, pintu pejabatnya terbuka 24 jam untuk SPRM membuat penyiasatan. Tidak pernah terlintas untuk beliau menutup dan menghalang kerja-kerja SPRM. Beliau sendiri tidak sudi menternak anak buah yang rasuah dan menyalahgunakana kuasa. Itu beza antara pimpinan PAS dan BN.

Hanya dengan berita dari sebuah blog yang tidak tahu dari mana puncanya Adun BN tersebut membuat tuduhan melulu. Kita yakin jika benar ada unsur rasuah, SPRM sudah lama bertindak tidak perlu menunggu ianya dibongkar oleh Adun tersebut.

Inilah cara Umno/BN berpolitik membuat tuduhan dan fitnah tanpa usul periksa.

Comments