SAMAN AES DIBEKUKAN, TAMBAHKAN LAGI KOLEKSI KECUAIAN/KELEMAHAN KERAJAAN BN


Sebelum ini kerajaan BN telah menarik balik banyak sekali dasar dan program yang dilaksanakan mereka. Kerja tangguh/trarik balik ini sudah menjadi lumrah kerajaan BN. Lihat apa jadi dengan PPSMI penguatkuasa lampu amaran pada bas, kotak hitam bas dan sebagainya, semuanya sekerat jalan. 

Setelah puluhan juta dibelanjakan dengan menghanguskan duit rakyat, mereka buat u-turn batalkan dasar tersebut dan kembali kepada dasar asal.


Itulah yang berlaku kepada AES apabila kerajaan membekukan saman AES buat sementara bagi membolehkan kajian terhadap isu-isu yang dibangkitkan dikaji.

Maka benarlah maka yang dibangkitkan oleh rakyat sebelum ini yang mempertikaikan pelaksanaan sistem yang zalim dan menindas rakyat ini. NGO seperti KASE (Kempen Anti Saman Ekor) lantang menentang sistem ini sejak dari mula ia mahu diluluskan oleh kerajaan.

Inilah sikap kerajaan BN yang sering bertindak melulu tanpa kajian terperinci, akhirnya duit rakyat hangus, masa dibazirkan dan kredibiliti mereka sendiri jatuh.

Comments