MUSTAPHA KAMAL PULA SOKONG PR?

Setelah puluhan artis menyokong PR malah ada yang menjadi ahli PAS dan PKR seperti Bob Lokman, Hairie Osman, Abby Abadi dan Dayangku Intan, kini seorang lagi artis terkenal dilihat berada dalam program PKR malam tadi.

Pelakon tersebut ialah Mustapha Kamal, pelakon kacak berbakat yang berasal dari Kelantan. Beliau dilihat muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Program yang diadakan di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh ramai anak-anak muda yang kelihatan dahagakan maklumat.

Menariknya Mustapha  telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.

Semoga beliau akan menuruti jejak artis-artis lain yang menyokong PR. Jangan tunggu lama-lama. 

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Comments