KONGRES DAP : UMNO/BN GIGIT JARI DAN SEDIH

Kongres DAP yang baru berakhir ternyata tidak memberikan khabar gembira buat Umno/BN. Manakan tidak, Umno/BN mengharapkan DAP menghentam dan mengutuk PAS dalam kongresnya. Tetapi lain pula yang berlaku apabila, Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan tegas menyatakan bahawa PAS adalah sekutu penting dalam PR bagi menumbangkan BN. Malah Pengerusi DAP itu berkata dia amat menghormati PAS kerana parti itu sangat konsisten dan mempunyai prinsip yang teguh.

Karpal juga berkata walaupun DAP dan PAS mempunyai prinsip yang berbeza, DAP tetap menghormati PAS dan dasarnya. Jelas sekali DAP sebuah parti yang matang dan professional yang sentiasa menghormati PAS dan PKR sebagai rakan baik dalam PR.

Sesungguhnya ketegasan Karpal dan DAP ini amat menyedihkan Umno/BN yang mengharapkan hubungan PAS dan DAP renggang dan retak dan seterusnya berpecah membawa haluan sendiri. Ini kerana Umno/BN tahu selagi PR kukuh selagi itulah kuasa BN akan tergugat khususnya dalam PRU 13 yang bakal menjelang tiba.

Sesungguhnya muktamar PAS dan kongres DAP yang baru selesai menguatkan lagi hubungan PAS-DAP serta PKR seterusnya menyebabkan Umno/BN semakin terdesak. Syabas PR!!!!!!!!!!!

Kongres DAP ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) berakhir tengah hari tadi selepas berlangsung selama dua hari dan melangsungkan pemilihan anggota baru CEC semalam.

Pimpinan utama seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan Karpal Singh kekal dalam CEC dan 20 anggota CEC yang dipilih juga membuat keputusan mengekalkan jawatan ketiga-tiga mereka.

Comments