.

.

17 December 2012

DAP TUNTUT KERUSI TAMBAHAN : SEMUA ORANG ADA NAFSU TAMBAH KERUSI



Media pencacai Umno/BN memainkan isu bahawa DAP mahu menambah kerusi pada PRU 13 nanti. Itu perkara biasa. Semua parti mahu tambah kerusi. MCA, MIC dan Umno pun mahu tambah kerusi.


Apa penting semua keputusan akan dibuat secara perundingan. Itu perkara biasa. Tidak perlulah media pencacai memainkan isu ini untuk menangguk di air keruh.

Semua pihak memang mempunyai nafsu untuk menambahkan kerusi. Tetapi ianya mestilah bergantung kepada kekuatan. keadaan dan kesesuian bukan main tangkap muat sahaja. Kepimpinan PR amat arif dalam isu ini. Apa yang penting ialah kemenangan PR itu sendiri.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 menyatakan bahawa DAP berhasrat untuk membuat tuntutan tambahan kerusi untuk pilihan raya akan datang bagi mengukuhkan kedudukan DAP.

“DAP menyasarkan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri,” katanya dalam ucapan tersebut.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter