Gara-gara bersalam dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Muhammad Nizar Jamaluddin, guru-guru diberi amaran oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
Kisah ini berlaku dalam satu majlis Jamuan Makan Malam bagi mengutip dana PIBG di salah sebuah sekolah di Taiping. Nizar membeli satu meja untuk turut serta menderma dan hadir dalam majlis tersebut. Kehadirannya disambut oleh orang ramai dan ianya mengejutkan pihak sekolah.
Beberapa guru bangun dari tempat duduk untuk bersalaman dengan Nizar. Hanya kerana bangun bersalam dengan beliau, guru-guru tersebut dipanggil oleh Penolong PPD daerah tersebut dan diberi amaran dengan mengatakan jangan terlibat dengan politik. Guru-guru yang bangun bersalam dengan Nizar dipersoal oleh Penolong PPD, mengapa bangun bersalam dengan Nizar.
Pelik dan dunggu sungguh Penolong PPD macam ni. Nak tunjuk kuat UMNO sekalipun janganlah dengan cara yang paling dunggu dan bodoh.
Bersalam dengan orang politik dianggap terlibat dengan politik dan diberi amaran lisan. Saya diberitahu, Penolong PPD yang memberi amaran itu pula ada jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.
Dalam majlis tersebut, tidak ada sebarang ucapan mengalu-alukan kehadiran Nizar oleh Pengerusi majlis dan Pengetua. Sebaliknya tetamu yang diundang malam itu iaitu Timbalan Menteri Pelancongan juga Ahli Parlimen Gerik menyebut dan mengalu-alukan kehadiran Nizar.
Punyalah takut pihak sekolah nak sebut nama Nizar, takut sekolah tersebut dicop sekolah pembangkang, tiba-tiba Timbalan Menteri BN mengalu-alukan Nizar.
Sumber : FB Ust Misbahul Munir.

Comments