'AMANAT HJ HADI' TERUS JADI BAHAN KEMPEN LAPUK

Setiap kali menjelang pilihanraya makan 'Amanat Hj Hadi' dijadikan bahan kempen Umno. Antara tanda-tanda besar akan berlakunya pilihanraya umum ialah bila Amanat Hj Hadi diungkit dan digunakan untuk mengelirukan rakyat.

Media hari ini sekali lagi mengulangtayang (flashback) cerita lama dengan menuduh ceramah Presiden PAS di tajun 80-an itu sebagai amanatnya dan ianya dituduh sebagai pemecah belah masyarakat. Maka dimintalah ulama-ulama 'upahan' untuk menghentam dan menjatuhkan kredibiliti Presiden dan parti PAS sendiri.

Hari ini dalam Sinar Harian, ulasan 3 orang suruhan Umno, iaitu Harussani, Fathul Bari Mat Jahya dan bapanya sendiri Mat Jahaya Hussin. Bermacam-macam ulasan diberikan antara 'amanat' ini mengkafirkan orang lain, wajib ditarik balik dan sebagainya.

Sudah berbuih mulut kita menerangkan kepada mereka bahawa ianya bukanlah amanat tetapi ucapan biasa yang disampaikan oleh Presiden PAS di Banggol Peradung, Terengganu. Ucapan itu mestilah didengar sepenuhnya bukannya hanya mengambil separuh sahaja. Malah apa yang dikatakan amanat itupun tidak menjadi dasar dan prinsip PAS. Ianya cuma diabstrak oleh orang tertentu, dicetak dan ditampal. Sekarang ini kita melihat kita ada seorang pun ahli PAS yang menampalnya samada di pejabat, markas atau rumah. Isu itu pun sudah selesai kerana PAS sendiri tidak pernah mengiktiraf bahawa ianya sebagai prinsip perjuangan dan tidak pun dimaktubkan dalam perlembagaan PAS.

Ianya hanyalah ucapan yang sepenuh semangat Tuan Guru Presiden yang ketika itu masih muda belia. Sebenarnya tujuan Umno memainkan isu ini bukannya untuk menyelesaikan masalah tetapi hanya untuk mengelirukan rakyat seterusnya meraih sokongan politik, itu sahaja tidak lebih dari itu.

Comments