Media hari ini melaporkan bahawa Rais Yatim mengakui RTM hak rakyat sedangkan sebelum ini mereka memperlakukan RTM umpama hak Umno/BN bukan hak rakyat Malaysia.
"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.
Kini baru kau sedar. Tetapi apakah kesedaran Rais ini akan menginsafkan dia dan bossnya untuk memberi peluang kepada semua rakyat tanpa memilih bulu dan warna kulit untuk mendapatkan hak penyiaran dan liputan.
Apakah selepas ini parti-parti politik, NGO dan semua rakyat akan mendapat hak mereka untuk menyuarakan pandangan, keluhan dan luahan dalam apa juga isu demi kepentingan negara dan diri mereka.
Jauh di lubuk hati kita semua, seolah-olah terasa bahawa kata-kata Rais itu hanyalah menanam tebu dibibir mulut. Atau kalau memang Rais ikhlas untuk membuat perubahan kita sangsi akan ada tangan hantu dan suaran jembalang yang akan membatalkan niat baik Rais.
Malah pernah terjadi slot yang dikhaskan kepada pembangkang dibatalkan di saat akhir oleh pihak tertentu. Kita semua masih ingat akan peristiwa tersebut.
Rais hanya mampu bercakap dan bersuara tetapi di sana ada orang yang lebih berkuasa dan mengkaji risiko terhadap Umno/BN jika pemimpin PR diberi ruang ke udara di media elektronik umum.

Comments