'AMANAT' HAJI HADI : PAS PATUT ADAKAN KEMPEN SEBARKAN AMANAT INI


Setiap kali menjelang Pilihanraya Umum, Umno akan memainkan isu lama antaranya 'Amanat' Haji Hadi. Pelbagai tuduhan dan fitnah diulangi semata-mata untuk memburuk-burukkan imej PAS di mata umat Melayu Islam guna untuk menjauhkan mereka dari PAS.


Blog ini mencadangkan kepada PAS supaya membuat penjelasan besar-besaran tentang pembohongan, fitnah Umno tentang isu 'amanat' ini. Antara perkara yang mesti dijelaskan kepada rakyat berkaitan dengan amanat ini ialah :

1) Dokumen yang dikatakan sebagai 'amanat' itu sebenarnya BUKAN AMANAT tetapi ianya sekadar ucapan biasa Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Terengganu. Ianya dikumpul dan dicetak oleh ahli PAS yang berjiwa muda dan bersemangat ketika itu tiada arahan dari parti pun.

2) Dalam 'amanat' itu Presiden PAS tidakpun menuduh orang Umno Kafir tetapi beliau berkata secara umum iaitu "KITA menjadi Kafir jika mengatakan politik suku agama suku" yakni mengatakan politik tiada dalam agama, politik tiada kaitan dengan agama. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menjadi kafir jika beriktikad bahawa politik tidak ada kena mengena dengan agama tidak kira orang PAS, Umno, PKR atau DAP.

3) Sesiapa sahaja yang menentang orang yang tidak mahu kepada Islam, tidak mahu menjalankan hukum Islam, menghina hudud dan Islam sudah tentu mereka akan diberi ganjaran oleh Allah. Persoalannya adakah Umno MAHU KEPADA ISLAM??????? PAS mesti menerangkan kepada rakyat siapa parti Umno dan BN sebenarnya. (Parti Umno dan orang Umno adalah berbeza).

4) PAS tidak pernah mengarah, menyuruh dan mengalakkan ahli-ahlinya memulaukan kawan-kawan dari Umno malah PAS telah lama mendokong slogan meMASYARAKATkan PAS sejak dari dahulu. Bagaimana PAS hendak mendapat sokongan rakyat jika ahli PAS memulaukan rakyat tidak kira parti dan agama. Malah sekarang PAS mengamalkan slogan PAS for ALL. Ternyata 'amanat' sudah TIDAK RELEVAN lagi.

Blog ini menyokong saranan Timbalan Ketua Dewan Ulama Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Ustaz Hassan Mahmood (gambar) yang menyarankan supaya 'amanat' itu dikeluarkan semula.

Hassan berkata saranan itu dibuat  memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.


“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya  amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya  bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan. 

“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.


Comments

Unknown said…
Penjelasan Blog ini adalah terbaikk.. fahamilah.. sedarilah... insafilah... JOM UBAH!!
Unknown said…
Penjelasan Blog ini adalah terbaikk.. fahamilah.. sedarilah... insafilah... JOM UBAH!!