ALI RUSTAM NAIK ANGIN NAMANYA TAK TERSENARAI SEBAGAI KM?

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menulis dalam FBnya bahawa sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam naik angin kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang sekali lagi di Melaka pada PRU 13 nanti.

"Tahniah BN Melaka, dapat calon CM baru! Orang Najib mesra Muhyiddin! Patutlah seminggu dua ni Datuk Ali asyik naik angin"! tulis Adly dalam wall FB hari ini. 

Coretan itu mengundang banyak komen dari rakan-rakan FB nya.


Sementara itu dalam isu zakat pula, Ali Rustam memberikan respon terhadap dakwaan adanya penyelewengan wang zakat. 

"Dai bebal nanti saya saman dia" coret Ali dalam FBnya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.


Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan seibu kali lagi".

Ada berani ke Ali Rustam hendak saman Adly dalam isu zakat ini. Ibarat kata Adnan Yaakub ....kerat telinga pun belum tentu Ali berani.

Comments