7,000 SISWAZAH GURU MENGANGGUR, APA PENYELESAIANNYA?

Media melaporkan bahawa kira-kira 7,000 lepasan guru menganggur. Mereka itu adalah lepasan  dari institusi-institusi swasta yang ada kena mengena dengan kerajaan. Sehingga kini isu ini gagal diselesaikan oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenai masalah tersebut. Tidak ada  sebarang langkah konkrit yang meyakinkan semua orang bagi menyelesaikan isu ini.

Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.

Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Nampaknya mereka hanya pandai menyediakan tempat untuk melatih guru tanpa membuat unjuran tentang keperluan guru. Tidak ada penyelarasan antara jumlah guru siswazah yang dikeluarkan oleh IPTA dan IPG.

Masalah penempatan guru ini sebenarnya bukan sahaja dihadapi oleh lepasan Unitar ini, malah lepasan guru siswazah dari IPTA juga ada yang terpaksa menganggur lama. Hanya guru siswazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) sahaja yang dijamin akan di'posting' ke sekolah-sekolah sebaik menamatkan pengajian mereka.


Bijak sungguh kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menjalankan tugas mereka.

Comments