2.3 JUTA MOHON BR1M : RAMAINYA YANG MISKIN

Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Dis lepas, kata Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah.
   
Beliau berkata daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.
   
Katanya 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.
   
"Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.

Jumlah itu menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia yang miskin yang layak menerima bantuan 1 'off' umpan pilihanraya Umno/BN ini. Walaupun selama ini Umno/BN mendabik dada mendakwa mereka berjaya mengurangkan kemiskinan tetapi ternyata itu hanya omongan kosong, jika ada masakan begitu ramai yang memohon BR1M.

Kerajaan Umno/BN mengharapkan bantuan ini dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, tetapi mereka lupa bahawa rakyat pada hari ini sudah cerdik dan faham bahawa bantuan itu adalah umpan pancing untuk memujuk mereka menyokong BN pada PRU13 nanti.

Comments