HINA HUDUD : RAKAN KARIB NAJIB SEMAKIN PANAS


Kuantan 2 Nov : Kira-kira 150 individu dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan NGO Islam Pahang berkumpul di Bangunan MCA Kuantan untuk menyerahkan memorandum bagi membantah kenyataan rakan karib Ah Jib Gor yang juga Presiden MCA Chua Soi Lek baru-baru ini yang dianggap menghina hukum hudud.

 Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata beberapa wakil pertubuhan terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis sebelum itu untuk berkumpul menyerahkan memorandum berkenaan “Kami benarkan asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan ” katanya kepada pemberita Kuantan hari ini 

Beliau berkata perhimpunan itu bersurai sebaik wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil MCA pada pukul 2 15 petang/ Sementara itu Setiausaha Perhubungan Angkatan Belia Islam Malaysia Abim Pahang Mahadi Deraman memaklumkan tindakan itu dibuat bagi membantah kenyataan Presiden MCA itu baru-baru ini yang mendakwa 1 2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan,

 Justeru mereka mendesak Chua supaya menarik balik kenyataan itu dengan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam katanya dalam kenyataan di sini.

Sumber : MIDR

Comments